Memaparkan catatan dengan label pbs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pbs. Papar semua catatan
Sabtu, 6 September 2014
Rabu, 9 Julai 2014
ALAMAT PORTAL TERBARU LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Untuk makluman sahabat guru SMKST... alamat portal terbaru Lembaga Peperiksaan Malaysia.
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?lang=en
Terima Kasih.
Jumaat, 20 Jun 2014
Sabtu, 14 Jun 2014
PT3 : FORMAT DAN INSTRUMENTS CONTOH
KEPADA GURU YANG DIHORMATI, SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH UNTUK MELIHAT FORMAT DAN INSTRUMENTS CONTOH PT3.

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANAK-ANAK PELAJAR SMKST MENINGKATKAN PRESTASI DALAM PT3 2014.. INSYAALLAH...
TERIMA KASIH.
Selasa, 29 April 2014
MODUL OFFLINE PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DAN SENARAI NAMA PELAJAR 2014
PERHATIAN SEMUA GURU TINGKATAN 1, 2 DAN 3
SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH UNTUK MEDAPATKAN MODUL OFFLINE PEREKODAN PPM 2014
SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH UNTUK MEDAPATKAN MODUL OFFLINE PEREKODAN PPM 2014
SENARAI NAMA DAN NO KAD PENGENALAN PELAJAR 2014
SELEPAS ANDA DOWNLOAD, SILA "RENAME" FILE TERSEBUT MENGIKUT KELAS MASING-MASING.
HARAP MAKLUM.
Rabu, 9 April 2014
PBS : PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT, SILA DOWNLOAD PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID ( PPPM ) MENGIKUT TINGKATAN DAN MATAPELAJARAN MASING-MASING :
1. TINGKATAN 1
2. TINGKATAN 2
3. TINGKATAN 3
TERIMA KASIH.
Khamis, 27 Mac 2014
Isnin, 17 Mac 2014
KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.
Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.
Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.
LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2
Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.
Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.
Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.
PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.
Selasa, 4 Mac 2014
KURSUS PENTAKSIRAN PUSAT MENENGAH RENDAH MATEMATIK 2014
TARIKH : 04 MAC 2014
TEMPAT : BILIK MEDIA
MASA : 1.10 ptg
JRULATIH : EN IT LIM
KEHADIRAN : SEMUA GURU MATEMATIK.
TEMPAT : BILIK MEDIA
MASA : 1.10 ptg
JRULATIH : EN IT LIM
KEHADIRAN : SEMUA GURU MATEMATIK.
Ahad, 23 Februari 2014
Selasa, 18 Februari 2014
BAHAN PENTAKSIRAN PUSAT MENENGAH RENDAH ( PPMR 2014 )
UNTUK PENGETAHUAN KEPADA SEMUA WARGA SMK ST THERESA
Khamis, 13 Februari 2014
BILIK GERAKAN PBS
Lembaga Peperiksaan telah menubuhkan Bilik Gerakan PBS yang bertujuan untuk menangani isu-isu PBS serta memberi khidmat bantu pelaksanaan PBS.
Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan PBS boleh menghubungi talian seperti di bawah:
Talian Meja Bantuan:
03 - 8889 3640/ 03 - 8889 3520/ 03 - 8889 3601/ 03 - 8889 3551/ 03 - 8884 3022
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.00 malam
Langgan:
Catatan (Atom)
LinkWithIn
.















1.jpg)
2.jpg)